Login / Register
  • UTAMA
  • ACAR
    • Acar Limau
    • Tempahan Khas
  • ARANG
  • AA SHOP
    • Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My Account
  • KORPORAT
  • GALERI
  • HUBUNGI KAMI
Product was added to your cart

Pengenalan

Aromatic Avenue Sdn. Bhd. (AASB) merupakan satu di antara pengeluar arang kayu bakau yang dihasilkan daripada batang pokok kayu bakau terpilih dari spesis Rhizophora Apiculata atau dikenali sebagai bakau minyak dalam bahasa tempatan. Kayu bakau ini diproses dan dipanaskan dengan darjah pemanasan tinggi di dalam relau khas bagi menghasilkan arang kayu yang bermutu tinggi. AASB mensasarkan 90% keluarannya untuk pasaran luar negara.

Selangkah ke bumi hijau, AASB juga menjalankan dan membangunkan projek penanaman pokok limau bagi penghasilan buah limau nipis. Buah limau nipis ini sebahagiannya dipasarkan secara mentah dan sebahagian lagi diproses dan dijadikan produk bagi pasaran tempatan dan eksport.

Kerjasama yang terjalin kuat antara AASB dengan beberapa rakan perniagaan dalam bidang yang berlainan telah berjaya memantapkan lagi komitmen AASB dalam menawarkan bekalan dan kepakaran yang konsisten bagi memenuhi kepelbagaian permintaan dari para pelanggan.

Profil Syarikat

Misi

  • Menjadikan AASB sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan produk yang sentiasa menepati keperluan dan citarasa pelanggan dengan pulangan bernilai seimbang.

  • Membekal produk yang berkualiti premium bagi pasaran tempatan mahupun eksport.

  • Menjadikan jenama produk keluaran AASB terkenal dan meluas penggunaannya.

  • Sentiasa menambah-baik dan menginovasikan produk dan perkhidmatan.

Visi

  •  Mengukuhkan jenama produk keluaran AASB di pasaran tempatan dan
    antarabangsa.

  •  Mengiktiraf pelanggan sebagai rakan perniagaan jangka panjang dengan memberi nilai pulangan melalui kualiti tertinggi terhadap produk yang berinovatif dan perkhidmatan yang terbaik.

  •  Membangunkan masyarakat setempat melalui peluang kerjaya dan membudayakan perniagaan melalui penerapan nilai-nilai kerja yang beretika.

Komitmen

  •  Syarikat akan memberikan nilai terbaik kepada semua pelanggan dan rakan perniagaan melalui perkhidmatan dan produk pada suatu tahap yang mencapai kepuasan penerimaan.

  •  Syarikat akan sebaik mungkin memenuhi kehendak tersendiri pelanggan terhadap produk tersuai yang ditempah.

  • Syarikat akan memberi khidmat jualan profesional yang tertinggi bermula dari saat perbincangan pembelian dilakukan sehinggalah ke penerimaan barangan.

Key Management Personnel

Lembaga Pengarah
Mega Wati Binti Janius
B.Sc. (Hons.) in BioChemistry (San Diego State University, USA)
Lembaga Pengarah

Ratna Juita Binti Janius
Diploma in Secretarial Science (UiTM)

Pengarah Urusan
Mega Wati Binti Janius
B.Sc. (Hons.) in BioChemistry (San Diego State University, USA)
Penasihat
Dr. Juliawati Binti Janius

  • Master in Co-operative Economics (Philipps University of Marburg, Germany
  • PhD in Economics (The University of Sheffield, United Kingdom)

 

Operasi

Dipo Negoro Bin Janius
Dip. in Electrical Engineering (Power) (UTM)

Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran

Edy Hermanto Bin Janius

  • M.Sc. in Engineering Business Management (UTM)
  • MBA (Meiji University, Tokyo)
  • Dip. in Mechanical Engineering (UTM)
Kewangan

Ili Insyirah Binti Khairul Anuar
BBA (Hons) Finance (UiTM)

  Aromatic Avenue Sdn Bhd

No. 13, Lorong 13, Taman Lake View, 34000 Taiping, Perak Malaysia
Tel : +605 8011 725 Fax : +605 8011 751 Email: info@aromaticavenue.com

    

© 2017 AROMATIC AVENUE. ALL RIGHTS RESERVED.
Designed by
Malaysia Developer